Friday, May 29, 2015

Hai everyone ! Help me please .

Help ! Help ! Kenapa saya punya blog tak boleh nak view ? Kalau nak view blog , mesti dia link ke web lain dan entah pape yang keluar . Kenapa ehh ? Anyone tahu ?

Monday, August 6, 2012

UPS vs balik kampung !

masa sudah semakin hampir ! memang sudah semakin hampir la kan . kami student matrikulasi semakin hampir dengan UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER ! kami start exam pada 7/8 , 8/8 , 9/8 .. fuh , esok dah pun kan ! memang tak percaya kot . apa-apa pun memang kena percaya lah . esok dah UPS nani !!!! tapi kan , kami jugak excited nak tunggu 9/8 tu . nak tahu sebab ape ? HAHA . hari khamis tu paper SAINS COMPUTER and BIOLOGY . memang menarik kan . tapi lepas tu kan . kami student KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR dah boleh terus balik petang tu . aku tak tahu kenapa KMS ni nak suruh kosongkan kolej cepat sangat . kawan aku kat kolej lain balik 10hb 0r 11hb . hari selepas exam tu . tapi kolej aku tak , hari exam tu terus suruh balik ! memang happy sangat la kan . barang semua dah siap packing semalam . roomate aku lagi bersemangat , mereka packing barang hari sabtu lagi . lagi semangat daripada aku kan ! memang happy nak balik kampung , nak RAYA ! hihi . tapi kena tempuhi paper SC COMP dan BIO tu dulu . yang tak best tu kan , roomate aku semua habis paper kul 10.30 pagi lagi . aku pukul 3.30 baru habis paper last iaitu paper SC COMP . mereka semua nak berambus dari KMS ni tengahari tu lagi . memang tak la nak tinggal aku kat sini sorang , aku punya bas tu petang . so memang kena sabar lah . hope aku boleh fokus kat paper last aku tu . takut kot !!tak sabar aku nak balik kampung , nak berbuka puasa dengan family aku kat rumah . puasa tahun ni , first year aku puasa tanpa family aku :( sangat sedih la jugak kan . okey , bye ! nak ulangkaji sikit lagi untuk esok ! good luck for me ! I will try my best !

Tuesday, July 31, 2012

Jom kenal D2M3T3 !

hai-hai , malam ni terasa lagi nak update blog :) hihi . maklum lah , malam ni rasa free sikit kot . takde benda nak buat . tutorial chemistry pun da siap dah . awal-awal lagi siapkan sebab nak tidur awal malam nieh . kejap lagi tunggu nak study biology dan chemistry before tidur . saya suka buat lecture note saya sebagai ubat tidur saya . HAHA . penat larh kepala tadi struggle untuk test PRA UPS MATHS , rupa-rupanya tak perlu submit pun benda tu . sangat bengang la jugak kan bila madam cakap , ' kamu semua boleh sambung buat dekat hostel ' . aduyaiii . geram ! ehh , jom berkenalan dengan kelas saya , D2M3T3 ! hehe . saya suka kelas saya , saya suka jugak dengan classmates saya . even dulu , time mula-mula saya masuk kelas tu , rasa macam nak menjerit je sebab tak kenal dengan sapa-sapa dan tak tahu apa-apa . tapi bila dah dua minggu lepas tu , ok la kan . kami dah semakin close with each other . harap hubungan kami baik-baik sahaja la kan .
ni lah geng D2M3T3 ! mereka sangat terbaik dan gempak . InsyaAllah kami semua akan berjaya ! good luck kawan-kawan semua . kawan selama nya okey :)
gambar yang last nieh limited ! hahaha . siapa-siapa pun jangan jealous tau . auuwww ! cantek ! mereka semua sangat sporting dan open minded ! :) love you all .

back to blogger !

HAHA . memang lama la kan tak update blog ni , dah berhabuk dah pun . haha . sejak-sejak masuk belajar ni , tak sempat larh nak layan blog ni . memang buzy yang teramat sangat . buzy dengan kerja , kelas , kuiz , tutorial dan sebagai nya . kadang-kadang bosan jugak kan . ni pun curi-curi update blog , sekarang waktu tutorial sains komputer . lecture suruh buat kerja sendiri , so apa lagi kan . kiteorang memang suka surf internet ni . sir tak payah suruh pun takpe . bye-bye ! nak out sudah :) nanti jumpa lagi . bye-bye kawan .