Monday, December 19, 2011

Perasaan Ini

haii semua .. ape cerita awak-awak semua ? harap semua okey la kan .. huhu .. entry ni saya nak cerita pasal perasaan saya kot ... tapi pasal apa kan ? hehe .. actually saje je nak isi masa lapang kan , kalau dah sunyi , semua bermain kat kepala ni kan .. macam-macam benda keluar kan , semua tu akan buad saya menjadi kusut .. hhuhu .. actually , saya rindu kat someone laa . rindu sangat-sangat kat dia . tapi kami tak boleh nak buad apa , memang kami jauh , tapi kami dekat di hati .. kan awak ? bila malam saya nak tidur , saya mesti akan text awak .. walaupun awak penat , awak study sampai lewat malam , awak tetap sempat reply message saya dulu kan sebelum tidur .. bila saya rindu awak , saya hanya dapat tengok gambar awak je . tu je saya mampu awak .. saya nak awak tahu , saya sayang awak sangat .. walaupun saya tak dapat nak lupakan dia , awak tetap dalam hati saya .. malam ni , saya update blog ni sorang je , sebab awak dah tidur .. saya tak puas lagi nak text dengan awak hari ni , tapi takpe , awak penat , esok awak nak belajar lagi , awak kene cukup rehat kan .. saya risau kalau awak sakit .. awak , saya sedih , kenapa saya dengan awak jauh sangat ? :'( saya tahu , saya perlu sabar .. okey , takpe awak , saya sabar .. by the way , saya juga nak ucap terima kasih kat awak sebab selama saya jadi pelajar tingkatan 5 , awak selalu support saya .. ketika saya rase lemah dan jatuh , awak cuba kuatkan saya dan bangunkan saya .. ketika saya sedih , awak cuba gembirakan saya .. ketika saya ada masalah , awak cuba nak settlekan masalah saya .. awak mampu semua tu , terima kasih taw awak .. saya hargai semua nasihat awak .. terima kasih atas semua nasihat yang awak bagi kat saya .. saya sangat bangga sebab awak ada dengan saya .. awak jangan biarkan saya sorang-sorang ye .. saya selalu perlu ada teman , disamping keluarga saya yang tercinta .. awak , maaf taw kalau saya terlebih mintak awak layan saya tu .. awak , jangan buat saya macam semalam lagi ye . jangan tinggal saya macam tu je taw .. kalau ada kerja , tell me first .. tak la saya risau pasal awak .. okey , hehe .. mata pun da ngantok , so better tidur dulu la kan .. awak , airmata saya tak henti2 keluar saat saya tengah tulis entry ni .. night ! bye you alls ..

Friday, December 16, 2011

kenangan :)

haii alls , i'm here for new entry .. hehe . bukan main susah lagi kalau nak buad satu-satu entry tu kan .. otak blurr , tak tahu nak cerita pasal apa . hari ada cerita sikit kott . ni cerita waktu zaman sekolah laa . hehe .. sekarang dah tamat dah zaman sekolah . dah tak boleh nak jadi student form 5 lagi , dah tak boleh nak ambik SPM lagi , dah tak boleh nak pakai uniform puteh sekolah lagi kan .. sob3 :( , sometimes sedih jugak kan sebab kena tinggal sekolah , tinggal cikgu-cikgu , tinggal adik-adik junior , yang paling sedih , kena tinggal kawan semua . yang paling terasa classmate laa kan .. sedih w0O berpisah dengan classmate semua , kami pun dah macam satu family besar kan .. waa , rase macam nak nangis bila ingat balik pasal semua aktiviti 5 SAINS 1 , huuhu .. nak terkeluar air mata saya bila ingat kenangan kami bersama semua . dalam dunia ni , nilai sahabat paling penting kan .. sedih la , tapi takpe , mungkin kami boleh lagi jumpa lepas ni . hehe . kami boleh jugak buad reunion kat luar kan .. sometimes , best jugak bila dah tamat sekolah kan ? hehe . nak tahu ape yang best ? kalau nani kan , best laa sebab tak perlu nak pakai baju sekolah lagi . haha .. tak perlu nak pergi ke sekolah pagi , petang , malam . tusyen kat luar lagi tiap hari jumaat dan sabtu .. zaman Form 5 , memang perit bagi saya . memang dasyat gila la study form 5 . kelas kat sekolah , full . tak kira cuti ke , cikgu dan kami tetap rajin nak buad kelas , terutama kelas CHEMISTRY . cikgu saya sangat rajin , dari awal tahun , cikgu buad kelas dengan kami , setiap hari sabtu .. sampai laa akhir tahun , kelas terakhir untuk CHEMISTRY pada 27 hb November , dua hari sebelum peperiksaan kami .. hope dapat result yang okey la kan nanti ... :) pray for me ya . sekarang dah tinggal kenangan semua tu kan . saya tak mungkin dapat rasa suasana , pengalaman yang macam tu lagi lepas ni .. saya perlu teruskan hidup saya dengan terus menimba ilmu dan pengalaman dalam kehidupan saya .. hehe .. macam mane la nak bina hidup lepas SPM ni kan .. hehe .. hope nani boleh laa isi masa yang terluang ni dengan perkara yang berfaedah .. hehe .. sampai sini je kot entry untuk kali ni .. jumpa lagi di post yang seterusnya . bye . bye .
P/s : kawan , saya harap dapat meet korang lagi .. :) miss you all .

Thursday, December 8, 2011

fuuushhhh ! berhabuk dah blog neh .

haii .. serius , lama gila tak update blog . dah berhabuk pun blog nani ni , hehe . takde pun orang tolong nak bersihkan blog nani ni kan ?? semua orang buzy gak kan .. nani pun buzy sebab nak exam , SPM . fuh ! sekarang dah habis semua dah .. alhamdulillah , semua dah selesai .. insyaAllah result tu ok nanti .. doakan nani semua ye .. hehe . rindu sangat-sangat kat blog ni .. tapi nak buad macam mana kan , dah tak boleh nak sentuh pun . tapi . SEKARANG , dah boleh berblogging balik . hehe . I'M FREE NOW!!

Saturday, August 27, 2011

Kerajaan 5 Sains 1

Pada zaman dahulu , tersebutlah kisah mengenai kerajaan 5 sains 1. Negeri tersebut di bawah naungan Tengku Permaisuri Rozita Mohammad. Baginda adalah seorang pemerintah yang tegas tetapi baik hati serta cantik. Kecantikannya adalah daripada hasil dandanan Cik Mirae Al-Maskara. Cik Mirae sentiasa mencari herba yang terbaik untuk membuat rawatan kecantikan permaisuri. Baginda menpunyai seorang putera dan dua orang puteri. Puteri-puteri beliau bernama Puteri Emy Al-Kollywood dan Puteri Fathin Al-Rockers. Puteri Emy ialah seorang puteri yang cantik. Dia mempunyai seorang pembantu , iaitu Nik-Pakistunis. Nik telah diimport khas dari Pakistan Timur untuk menjadi dayang Puteri Emy. Puteri Fathin pula adalah seorang puteri yang suka menyanyi lagu rock. Dayang kesayangannya ialah Alifah Al-Gula Batu. Walaupun dia seorang yang suka senyum , dia selalu menjaga keselamatan puterinya. Bagi Tengku Mahkota iaitu Putera Izzuddin Al- Long Lat. Beliau amat memetingkan gaya peribadi. Banyak pakaian telah diimport khas untuknya. Dia juga telah mengimport khas seorang peneroka imej iaitu Syazwan Al-Diam But yang berasal dari Selatan Marikh. Sekarang tiba masanya untuk memperkenalkan para pembesar dan kakitangan istana yang lain. Firstly , ialah perdana menteri , Syafiq Aiman Al-Doremon. Kegemaran Syafiq pada waktu lapang ialah pergi menjenguk lembu-lembunya sambil menyanyi di belakang rumahnya. Timbalan Menteri pula ialah Busra Al-Kechik. Walaupun kechik seorang yang ligat dan sensitive terhadap cahaya matahari kerana akan menyebabkan kulitnya hitam. Bahagian kewangan pula diuruskan oleh Inani Al-Ceti. Segala masalah ekonomi yang melanda sentiasa dapat diselesaikan olehnya. Pembantunya pula , ialah Ainun Al-Catwalk. Dia sanggup melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang model kerana ingin membantu menguruskan hal kewangan ketika ketiadaan Inani. Kepesatan pembangunan 5 Sains 1 adalah atas jasa Hafizan Al-Macho dan pembantunya Salmi al-Tinggi. Usahanya untuk menjadikan 5 Sains 1 sebuah negeri yang moden telah tercapai. Tugas bagi panglima perang pula dipegang oleh Sarjan Rahman Al-Peter Pan. Ketika berperang , senjata kesayangannya ialah rambutnya yang tajam seperti belati untuk menghapuskan musuh. Sistem pengawalan istana telah diserahkan kepada Adham Al-Buana dan Hakim Al-Basir. Kekuatan mereka hasil tunjuk ajar tok guru mereka iaitu Lutfi Al-Pot Pet yang telah diimport khas dari planet Berangan Hujung. Kehandalan tabib iaitu Hafizah Al-Lady yang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Dia dan pembantunya , Zam al-Manis sentiasa mencari ubat-ubatan yang terbaik untuk merawat para penghuni istana. Tugas ketua chef istana telah dipegang oleh Yusnani Al-Sepet. Pembantunya Melissa Al-Karoke. Masakan mereka , fuh ….. memang sedap. Sambil memasak mereka menyanyi. Itulah ramuan masakan mereka. Manakala pihak sarkas istana diwakili oleh Azlie Al-Sportting , telah menghantar 2 orang pelawak untuk mengadakan persembahan di istana 5 Sains 1. 2 orang pelawak itu ialah Azman Al-Labu dan Latif Al-Labi. Lawak yang dibuat oleh mereka tak kering gusi. Sistem undang-undang 5 Sains 1 pula diuruskan oleh hakim Era Al-Adil dan peguamnya Asiah Al-Pandai. Negeri 5 Sains 1 sentiasa berada dalam keadaan pemerintahan yang adil dan saksama dengan adanya mereka. Akhir sekali , pengusaha perdagangan terbesar di kerajaan 5 Sains 1 pula diterajui oleh Afifah al-Kaya. Afifah selalu pergi berdagang ke luar Negara dan membawa banyak keuntungan kepada negeri 5 Sains 1. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh para penghuni 5 Sains 1. Semoga anda terhibur dan datang lah melancong ke negeri 5 Sains 1. sorry ye kawan-kawan. ubah-ubah nama korang . tapi takpe , nani tahu , korang tak marah . hehe . :) sayang korang semua ! 5 Sains 1 2011 the best !

Thursday, August 25, 2011

Nice editing :)

hehe . cantik tak blog nani ni ? blog nani ni , Cik Gee yang edit . memang cantik kan ? nani pun terkejut bila cik gee cakap blog nani dah siap dye edit . hehe . suka ! suka ! suka ! nani tak pandai nak edit blog comel macam cik gee edit ni .. ape lagikk ? follow la cik gee tu ye . Cik gee , terima kasih taw . happy sangat taw ade blog cantik macam ni . nani tak reti pun nak buat .

Thursday, August 11, 2011

thanks to him a lot :P

Awak , awak ingat lagi tak , mula-mula kita kenal dulu , ade gift yang awak bagi kat saya ? hehe . thanks awak ! saya amat berterima kasih kat awak . saya tak tahu macam mana nak reply balik gift awak tu . takpe , nanti saya balas balik ye , insyaAllah . saya suka sangat teddy tu awak . ni entry special untuk awak tau . sejak teddy tu ade dengan saya , saya tak pernah pun cerita pasal teddy tu kan ? awak tak rindu ke kat teddy ? for your information , teddy dengan saya okey je , teddy sihat je macam saya . :) saya bagi teddy makanan cukup ( tak sah kalau tak mengarut kan ? ) . awak nak tengok teddy tak ni ? awak rindu teddy ehh ? hehe .



haa , ini teddy tu kan ? tengok , saya jaga dia elok je kan ? takde cacat mana-mana kan ? hehe . sama saja dengan yang mula-mula awak bagi kan . hehe :) saya sayang teddy ni sangat .



awak tengok la , teddy ade kawan tau . ramai sangat kawan teddy kat atas katil saya tu .. semuanya comel macam teddy . :) hehe . teddy takkan duduk sorang-sorang kalau saya tinggal dia .





haa , ini pulak gambar saya dengan teddy :) saya hadiahkan untuk awak . hehe . walaupun tak comel <3 . gambar ni tak clear sikit . sebab sy tak edit dulu .
bye awak , thanks again . :)

Monday, August 8, 2011

Jom Nyanyi :)

haii , jom nyanyi . hehe .. lagu ini nani nak tuju kat seseorang itu . perlu ke cakap sape ? hehe . tak perlu kot cakap sape . sekarang bia la rahsia je tu . biar dye tengok nanti . Awak , lagu ini hanya untuk awak ! :)

Cinta Muka Buku-Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Kelebihan Senyum :)


haii semua , new entry . hehe . baik punya tittle kan " SENYUM " . korang semua suka senyum tak ? mesti la suka kan ? nani pun suka senyum . jom kita kongsi , kelebihan senyum . hehe :)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ’endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ’adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistempertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.







Saturday, July 30, 2011

about English Camp














English Camp

pada minggu lepas , saya telah join satu kem yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Inggeris sekolah saya . ingat memang taknak pergi tapi kelas kami diwajibkan pergi . kem tu bertempat di Lata Tembakah , Besut , Terengganu . Lata Tembakah ini satu tempat pelancongan yang terkenal . tempatnya terletak di bukit-bukit dan jauh dari bandar Besut . kat sana terdapat banyak kemudahan , seperti chalet , surau ( walaupun surau kat sana kecil ) , yang paling terkanal kat sana ialah , air terjun . air dari bukit , sejuk wooo . best sangat ! seramai 90 orang pelajar yang join kem tu , termasuk pelajar tingkatan 3 . kem tu best sangat . kami enjoy sangat dengan kem tu . banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah telahpun kami jalankan . kami lakukan aktiviti itu dengan jayanya . teacher-teacher kami pun memang memuji kami . kami menunjukkan tingkah laku yang baik . sebagai ganjaran , guru kami bagi kami peluang untuk merasakan air yang turun dari bukit itu . kami memang happy sangat-sangat . walaupun dapat mandi dekat tempat air yang tak berapa banyak , kami tetap happy . sebab guru kami pun join sekali . kami pulang dari kem tu dengan penuh perasaan gembira dan sangat tehibur dengan kem yang sebegitu .





kami semua baru turun dari bas . ! muka bersemangat kan semuanya ?





sampai je kami kat sana , makanan dah tersedia . hehe . apa lagi , makan la dulu kan . tengok ! semua lapar . lama duduk dalam bas , nak sampai besut .







ini time kerja dalam kumpulan ! best sangat ! semuah ahli kumpulan bekerjasama .





ini pulak time presentation pada malam kem tu . hehe :) setiap kumpulan akan mengatur strategi untuk melariskan jualan pasaran masing-masing .






senaman robik bersama guru pada keesokkan harinya :)





ni lah , suasana sekitar kem tu .





sekian sahaja dulu pasal entry ni . panjang sangat !










Rindu Nak Update Blog

hye semua ! why life so buzy ? sometimes , feel life so bored . nothing interest to do . hehe . rindu sangat nak update blog tapi apakan daya , masa tak mengizinkan kot . banyak sangat benda yang patut dibuat :) urus homework , sekolah , tambahan petang dan malam . aduyai . memang penat kan ? apa korang rasa bila korang ada kat tempat saya ? mesti korang pun rasa bosan jugak . kadang-kadang rasa jugak tekanan bila hadapi saat-saat macam ni . banyak benda nak fikir , jadi stress la pulak kan . ingat nak update blog selalu , tapi tak boleh nak online . online facebook selalu , tapi blog ni jarang buka . lagipun tak tahu nak cerita pasal apa kat blog ni . no idea sekarang ni . hanya ada kat kepala , subjek exam , jadual kelas tambahan dan tusyen . waaa , penat gila nak study ! bukan senang nak dapat kejayaan kan . dah dapat kejayaan tu , susah nak kekalkan pulak . aduhai , memang kene selalu kekal presasi sekarang . walau bagaimana pun , saya akan tetap berusaha untuk dapat kejayaan . tak dapat update blog pun takpa lah , bukan lama pun . dah lepas SPM nanti , boleh nak update blog bila-bila masa . kan ? am I right ?

love my sister .



saja upload gambar untuk tontonan , walaupun tak seberapa cantik dan menarik . :)




Friday, May 20, 2011

Examination For PKBS 2 .

hye semua . wah , lama dah pun nani tak update blog nani neh kan . maklum lah , dah semakin buzy sekarang ni . banyak sangat benda nak kene buat . huhu . tambah-tambah lagi sekarang minggu exam . makin la buzy . dah la minggu exam , dalam masa yang sama jugak banyak benda kene buat . kene study pasal subjek nak exam tu lagi , minggu lepas ade latihan untuk persembahan hari guru . wah , first time saya naik stage kat sekolah nak buat persembahan . heheh . kami bukan ape , saja nak buat penghargaan kepada para guru kami . kami sayang cikgu-cikgu kami . SELAMAT HARI GURU CIKGU ! hehehe . nak cerita pasal exam ni , ahaha . memang bosan la minggu exam , bukan apa , exam terlalu lama , jadi macam boring lak . 3 minggu , minggu exam . sapa yang tak boring kan ? memang lama tu kan . takpe , da tak banyak pun paper . ada ADDMATH dan PRINSIP AKAUN je lagi .. lepas ni pun tak boleh nak rehat2 lagi dah . hohoho . memang penat ye jadi pelajar SPM . waaa , tak sanggup nak hadapi SPM . takot lah , macam tak ready je lagi ni .. YA ALLAH , berilah aku kekuatan !
result PKBS 2 ? hmm , tak tahu la macam mane result tu nanti . harap-harap tak menghampakan mane-mane pihak . takotnya ! macam mane kalau result kali ni tak ok ? huhu . memang tak boleh main-main dah kot lepas ni . sampai sini saja kot , takde idea la nak story panjang-panjang .

Sunday, May 1, 2011

Raisya's and Rusyaidi's birthday

tanggal 30.4.2011 , maka genap la umur shasya 4 tahun . dah besar pun adik nani yang perempuan neh . semalam kami sambut birthday dye , umi sambut birthday dye kat umah nani ni jeh . susah nak buat kat luar . huhu . sebenarnya , edy punya birthday minggu depan . edy pun da 5 tahun . alang-alang dah buat kan , buat sekali lah . seronok sangat celebrate birthday , sampai tusyen pun lupa . lewat 30 minit pergi kelas physic . takpe la kan .. nak buat macam mane . bukan selalu ..






wanted yang kat belakang tu ,,,,