Saturday, August 27, 2011

Kerajaan 5 Sains 1

Pada zaman dahulu , tersebutlah kisah mengenai kerajaan 5 sains 1. Negeri tersebut di bawah naungan Tengku Permaisuri Rozita Mohammad. Baginda adalah seorang pemerintah yang tegas tetapi baik hati serta cantik. Kecantikannya adalah daripada hasil dandanan Cik Mirae Al-Maskara. Cik Mirae sentiasa mencari herba yang terbaik untuk membuat rawatan kecantikan permaisuri. Baginda menpunyai seorang putera dan dua orang puteri. Puteri-puteri beliau bernama Puteri Emy Al-Kollywood dan Puteri Fathin Al-Rockers. Puteri Emy ialah seorang puteri yang cantik. Dia mempunyai seorang pembantu , iaitu Nik-Pakistunis. Nik telah diimport khas dari Pakistan Timur untuk menjadi dayang Puteri Emy. Puteri Fathin pula adalah seorang puteri yang suka menyanyi lagu rock. Dayang kesayangannya ialah Alifah Al-Gula Batu. Walaupun dia seorang yang suka senyum , dia selalu menjaga keselamatan puterinya. Bagi Tengku Mahkota iaitu Putera Izzuddin Al- Long Lat. Beliau amat memetingkan gaya peribadi. Banyak pakaian telah diimport khas untuknya. Dia juga telah mengimport khas seorang peneroka imej iaitu Syazwan Al-Diam But yang berasal dari Selatan Marikh. Sekarang tiba masanya untuk memperkenalkan para pembesar dan kakitangan istana yang lain. Firstly , ialah perdana menteri , Syafiq Aiman Al-Doremon. Kegemaran Syafiq pada waktu lapang ialah pergi menjenguk lembu-lembunya sambil menyanyi di belakang rumahnya. Timbalan Menteri pula ialah Busra Al-Kechik. Walaupun kechik seorang yang ligat dan sensitive terhadap cahaya matahari kerana akan menyebabkan kulitnya hitam. Bahagian kewangan pula diuruskan oleh Inani Al-Ceti. Segala masalah ekonomi yang melanda sentiasa dapat diselesaikan olehnya. Pembantunya pula , ialah Ainun Al-Catwalk. Dia sanggup melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang model kerana ingin membantu menguruskan hal kewangan ketika ketiadaan Inani. Kepesatan pembangunan 5 Sains 1 adalah atas jasa Hafizan Al-Macho dan pembantunya Salmi al-Tinggi. Usahanya untuk menjadikan 5 Sains 1 sebuah negeri yang moden telah tercapai. Tugas bagi panglima perang pula dipegang oleh Sarjan Rahman Al-Peter Pan. Ketika berperang , senjata kesayangannya ialah rambutnya yang tajam seperti belati untuk menghapuskan musuh. Sistem pengawalan istana telah diserahkan kepada Adham Al-Buana dan Hakim Al-Basir. Kekuatan mereka hasil tunjuk ajar tok guru mereka iaitu Lutfi Al-Pot Pet yang telah diimport khas dari planet Berangan Hujung. Kehandalan tabib iaitu Hafizah Al-Lady yang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Dia dan pembantunya , Zam al-Manis sentiasa mencari ubat-ubatan yang terbaik untuk merawat para penghuni istana. Tugas ketua chef istana telah dipegang oleh Yusnani Al-Sepet. Pembantunya Melissa Al-Karoke. Masakan mereka , fuh ….. memang sedap. Sambil memasak mereka menyanyi. Itulah ramuan masakan mereka. Manakala pihak sarkas istana diwakili oleh Azlie Al-Sportting , telah menghantar 2 orang pelawak untuk mengadakan persembahan di istana 5 Sains 1. 2 orang pelawak itu ialah Azman Al-Labu dan Latif Al-Labi. Lawak yang dibuat oleh mereka tak kering gusi. Sistem undang-undang 5 Sains 1 pula diuruskan oleh hakim Era Al-Adil dan peguamnya Asiah Al-Pandai. Negeri 5 Sains 1 sentiasa berada dalam keadaan pemerintahan yang adil dan saksama dengan adanya mereka. Akhir sekali , pengusaha perdagangan terbesar di kerajaan 5 Sains 1 pula diterajui oleh Afifah al-Kaya. Afifah selalu pergi berdagang ke luar Negara dan membawa banyak keuntungan kepada negeri 5 Sains 1. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh para penghuni 5 Sains 1. Semoga anda terhibur dan datang lah melancong ke negeri 5 Sains 1. sorry ye kawan-kawan. ubah-ubah nama korang . tapi takpe , nani tahu , korang tak marah . hehe . :) sayang korang semua ! 5 Sains 1 2011 the best !

No comments: