Monday, August 6, 2012

UPS vs balik kampung !

masa sudah semakin hampir ! memang sudah semakin hampir la kan . kami student matrikulasi semakin hampir dengan UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER ! kami start exam pada 7/8 , 8/8 , 9/8 .. fuh , esok dah pun kan ! memang tak percaya kot . apa-apa pun memang kena percaya lah . esok dah UPS nani !!!! tapi kan , kami jugak excited nak tunggu 9/8 tu . nak tahu sebab ape ? HAHA . hari khamis tu paper SAINS COMPUTER and BIOLOGY . memang menarik kan . tapi lepas tu kan . kami student KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR dah boleh terus balik petang tu . aku tak tahu kenapa KMS ni nak suruh kosongkan kolej cepat sangat . kawan aku kat kolej lain balik 10hb 0r 11hb . hari selepas exam tu . tapi kolej aku tak , hari exam tu terus suruh balik ! memang happy sangat la kan . barang semua dah siap packing semalam . roomate aku lagi bersemangat , mereka packing barang hari sabtu lagi . lagi semangat daripada aku kan ! memang happy nak balik kampung , nak RAYA ! hihi . tapi kena tempuhi paper SC COMP dan BIO tu dulu . yang tak best tu kan , roomate aku semua habis paper kul 10.30 pagi lagi . aku pukul 3.30 baru habis paper last iaitu paper SC COMP . mereka semua nak berambus dari KMS ni tengahari tu lagi . memang tak la nak tinggal aku kat sini sorang , aku punya bas tu petang . so memang kena sabar lah . hope aku boleh fokus kat paper last aku tu . takut kot !!tak sabar aku nak balik kampung , nak berbuka puasa dengan family aku kat rumah . puasa tahun ni , first year aku puasa tanpa family aku :( sangat sedih la jugak kan . okey , bye ! nak ulangkaji sikit lagi untuk esok ! good luck for me ! I will try my best !

Tuesday, July 31, 2012

Jom kenal D2M3T3 !

hai-hai , malam ni terasa lagi nak update blog :) hihi . maklum lah , malam ni rasa free sikit kot . takde benda nak buat . tutorial chemistry pun da siap dah . awal-awal lagi siapkan sebab nak tidur awal malam nieh . kejap lagi tunggu nak study biology dan chemistry before tidur . saya suka buat lecture note saya sebagai ubat tidur saya . HAHA . penat larh kepala tadi struggle untuk test PRA UPS MATHS , rupa-rupanya tak perlu submit pun benda tu . sangat bengang la jugak kan bila madam cakap , ' kamu semua boleh sambung buat dekat hostel ' . aduyaiii . geram ! ehh , jom berkenalan dengan kelas saya , D2M3T3 ! hehe . saya suka kelas saya , saya suka jugak dengan classmates saya . even dulu , time mula-mula saya masuk kelas tu , rasa macam nak menjerit je sebab tak kenal dengan sapa-sapa dan tak tahu apa-apa . tapi bila dah dua minggu lepas tu , ok la kan . kami dah semakin close with each other . harap hubungan kami baik-baik sahaja la kan .
ni lah geng D2M3T3 ! mereka sangat terbaik dan gempak . InsyaAllah kami semua akan berjaya ! good luck kawan-kawan semua . kawan selama nya okey :)
gambar yang last nieh limited ! hahaha . siapa-siapa pun jangan jealous tau . auuwww ! cantek ! mereka semua sangat sporting dan open minded ! :) love you all .

back to blogger !

HAHA . memang lama la kan tak update blog ni , dah berhabuk dah pun . haha . sejak-sejak masuk belajar ni , tak sempat larh nak layan blog ni . memang buzy yang teramat sangat . buzy dengan kerja , kelas , kuiz , tutorial dan sebagai nya . kadang-kadang bosan jugak kan . ni pun curi-curi update blog , sekarang waktu tutorial sains komputer . lecture suruh buat kerja sendiri , so apa lagi kan . kiteorang memang suka surf internet ni . sir tak payah suruh pun takpe . bye-bye ! nak out sudah :) nanti jumpa lagi . bye-bye kawan .

Wednesday, February 1, 2012

Aku Menang Contest ?!

hai semua .. ada lah beberapa hari lepas , aku ada join satu contest .. contest " pilih hadiah sendiri " . aku main join je contest tu sebab kak fatin tu invite aku suruh join contest tu . contest tu macam kita kena suggest hadiah untuk penganjur contest tu ( kak fatin laa ) hihi . hadiah tu dia nak bagi kat cousin dia , nak bagi hadiah birthday .. so aku suggest , bagi bear besar ... dan sebab for the gift tu kan .. tak sangka la pulak aku yang menang contest tu . yang kelakar , aku tak tahu pun yang aku dah menang . sebab aku dah dekat 1 hari kot tak online . kak fatin dah bagitahu kat blog dia sapa yang menang contest tu kan . so , aku menang tak tahu . kak fatin tu massage kat facebook , aku tak reply la kan . last2 , kak fatin text aku , nasib baik akak tu ada phone number aku kan . hihi . terkejut bila kak fatin mintak nama penuh dan alamat sebab nak post hadiah . aku tanya , untuk apa ? hahaha .. tapi kan , terbalik kot . sepatutnya aku yang bagi hadiah tu kat kak fatin , sebab birthday dia pun sama dengan cousin dia tu . ni dia pulak yang kena prepare hadiah untuk aku ? adil tak ? hihi . so , aku bagi nama dan alamat kat kakak tu . tunggu hadiah tu sampai je la kan .. mood : happy gila kot .

Friday, January 27, 2012

Pantai Irama , Bachok !

hoho . lepas kenduri , semua pakat nak pergi jalan-jalan kat pantai dulu .. konon-konon tahu la kan macam mane nak pergi pantai dari rumah tempat kenduri tu .. HAHA . boleh keluar , tapi pusing punya pusing , lalu balik jalan yang tempat kenduri tadi tu . haha . abang aku lah , bajet tahu jalan . nak tanya orang dia kata tak payah . sesat jugak la nak cari pantai tuh .. tapi sampai la jugak kat pantai tu . walaupun dah agak lewat sampai kat pantai tu . nani pun tak tahu ape yang femous sangat dengan pantai tu ... orang kat sana punya lah ramai . tua muda , lelaki perempuan , kanak-kanak , remaja . semua ada kot kat pantai tu . pasangan couple pun ramai tengah lepak . hoho . best agaknya lepak kat pantai boyfie ? haha . nani pun nak try la jugak . HAHA . tapi lambat lagi tu kot .. kami singgah kejap je lah kat pantai tu sebab dah lewat , kami semua tak solat asar lagi .. lepak - lepak kat pantai , makan keropok , minum air kelapa .. lepas tu kami balik la , singgah masjid yang ada dekat pantai tu dulu . nak tunaikan kewajipan dulu .. lepas tu terus balik ke Wakaf Bharu .. :)
ni lah Pantai Irama .. haha . sama je lah kan dengan pantai-pantai lain gak .. ada air macam ni gak kan ? so , tenangn kot pergi pantai , walaupun kejap ..
kereta ayah jadi mangsa tempat posing . HAHA . ni nani pinjam sepupu punya .. HAHA . dia yang suruh nani pakai , geram betol .. konon nak kasi nampak macam artis KOREA lah .. hahah .. macam la muka nani ni comel macam artis korea .. kn ? Okey , bye .

Thursday, January 26, 2012

Kenduri :)

hai . hai . rajin la pulak nak update blog ni kan ? haha . maklum la , time ada idea ni kan , story je lah kan .. hoho .. hari penat kot rasa tapi happy . hihi . hari ni nani pergi tempat kenduri , ada saudara nak kawin . mak ajak , nani pergi je la kan .. tempat kenduri tu kat Bachok . jauh nak sampai , sebab kena pergi Gunong dulu , baru gerak pergi sana .. tapi takde gambar dengan pengantin tu sebab tak rapat , tak kenal pun yang kawin tu .. hahah . kelakar kan ?
semangat gila kot bawak benda tu :) nani bawak kek !
actually , nani penat dah pegang benda tu . haha . lama sangat tunggu .. sampai-sampai nak tuka dah dengan mak . tak aci , mak bawak yang ringan je , nani berat . tu yang kasi sepupu nani yang laki tu pegang dulu sementara nak jalan .
ni lah pengatin lakinya . hihi .. nani tak kenal pun , tak pernah tengok kot dia .. tiba-tiba saja muncul hari ni ...

Comel tak ?

Ehem . ehem . ehem . saja nak update blog kan . malam ni memang tak ada kerja kot nak buat . nak tidur tapi tak ngantuk lagi . sebab petang tadi dah tidur dah . wakakak :) nani ada mintak Encek Habib edit gambar nani . comel dia edit gambar , tapi abang dia lagi comel . Encek Habib pun masih belajar lagi macam nak edit gambar cantik-cantik . nak tengok tak gambar yang encik Habib edit untuk nani ? haha . saja nak share kat kawan blog semua . encek Habib edit gambar comel :) nani suka kott . tapi tak boleh nak buat Profile Picture kat facebook , macam tak sesuai je kan nak buat DP . tak apa , nanti Encek Habib edit lagi . <3

Wordless Wednesday

hoho . Assalamualaikum and good afternoon . hihi . lame kot nak rasa update blog dengan tittle " wordless wednesday " tapi sebelum ni takde event .. so , hari ni ada event . boleh la kot nak story sikit-sikit .. huhu . hari ni nani ade janji temu dengan kakak angkat nani . nani panggil KAK FATIN saja . dia dan family datang Kelantan . so , kami plan nak jumpa la . kami dah dua kali jumpa termasuk hari ni . dulu time Hari Raya Aidilfitri kami dah jumpa . akak tu datang umah dengan family . kali ni kakak fatin tu tak nak dah datang rumah .. segan la pulak katanya . kakak fatin dengan family dia stay kat Hotel Grand RiverView . so , hari ni kami plan nak jumpa kat luar saja . tapi takda tempat menarik . nani suggest KBMALL je la kan .. tapi kakak tu susah nak pergi , family dia penat dah jalan-jalan . kak fatin ajak jumpa dekat area hotel tu .. pening jugak nak ingat balik hotel tu kat mana .. nama macam penah dengar , tapi lupa hotel tu ada kat tempat mana .. fikir punya la fikir , last sekali , ingat la jugak .. hotel tu dekat jalan lama kota bharu .. tepi sungai Kelantan . Hotel Five Star tu kott . # ayah yang cakap . nani ajak la abang nani punya girlfriend suruh teman nani .. hihi . mak ayah bagi je kalau nani keluar dengan dia . lagipun kami dah selalu keluar sama-sama . so , pergi dengan dia je la , REMPIT lagi la kali ni .. untung la dia ada lesen motor , boleh kuar jalan-jalan . kami pergi la lepak dekat KFC , depan hotel tu je pun . Kak Fatin tak perlu nak pergi jauh-jauh kan .. ingat nak ajak pergi jalan-jalan dulu tapi jauh dengan pusat bandar Kota Bharu .. nak jalan kaki , tak larat kott . hari ni cuaca panas gila . sembang punya sembang , ada la dekat 1 jam dalam KFC tu .. Kak Fatin belanja makan . hoho . Kak Fatin tanya lagi , penah ke masuk hotel tu ? HAHA . malu nak jawab , cakap tak pernah pun . Kak Fatin ajak la masuk dalam hotel tu , sebab dalam hotel ada pertunjukan sempana Chinese New Year . tak sempat nak capture gambar banyak-banyak sebab handphone tak ada bateri dan lupa nak bawak kamera :) hihi . apa nak jadi la tu kan ? tak apa , yang penting happy dapat jumpa Kak Fatin . hope lepas ni boleh lagi jumpa dia . # Maaf , gambar tak lawa pun . :)

Thursday, January 5, 2012

Pemilihan kursus di Universiti

hai semua ? lama kan nani tak update blog ,, hehe . takde benda nak story .. tu hah , tengok title post nani tu , " PEMILIHAN KURSUS DI UNIVERSITIT " .. hoho , cewwah ! orang nak masuk uni la katakan . actually , nani tengah pening ni fikir pasal ni .. dan nani kurang tahu sikit bab-bab kursus yang ada ni .. mana la tahu kan , kot-kot salah mintak kursus , memang rosak laa . so , nak kena pilih elok-elok .. insyaAllah nani akan buad keputusan yang terbaik , di samping sokong daripada pihak terdekat , boleh la bantu nani pilih kos ni .. hehe .. kalau abang saya cakap , pilih la PENGURUSAN LADANG DAN DESA , MEDICAL dan abang aku cakap lagi , pilih yang ada GEOGRAFI INFORMATION SYSTEM . sumpah aku tak tahu ape banda tu . hahah ! jahat punya adik kan .. kalau medical tak tahu la nak mintak ke tak . macam susah je kalau ambil medical sebab banyak sukatan .. tu lah , memang pening kan . nani sempat gak surf internet pasal kursus-kursus yang ada kat uni neh , dan dah terjah pun laman web , . kalau korang nak tengok , boleh lah lawati laman web tu . :) nani sebanarnya cita-cita nak jadi cikgu . waah , CIKGU INANI ! haha . comel tak ? kalau nak jadi cikgu , kena masuk maktab kan . ayah nani pun sokong kalau jadi cikgu , nani ikut jejak langkah ayah nani sebagai seorang warga pendidik . pastu kan , kalau masuk maktab , nak ambil jadi cikgu apa ehh ? HAHA . kat situ pun kena fikir jugak . hoho . susah nak corak masa depan yang cerah ni kan . ! yang senang , duduk rumah , goyang kaki , tapi nak duit gaji masuk . HAHA ! ada ke macam tu zaman sekarang nih ? sure lah takde kan ! so , kena belajar tinggi-tinggi kalau nak gaji yang nilainya tinggi . haha . bye all , i have to go now . ada nak buat benda untuk adik tersayang . daa semua . :)