Friday, December 31, 2010

coming 2011

hye ! HAPPY NEW YEAR , 2011 .

hihikk . tiba sudah tahun baru bagi kita semua , iaitu , tahun 2011 . Secara tidak langsung , saya sudah bergelar seorang pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini . sungguh tidak percaya . aduhai ! Tak nak lagi jadi pelajar Tingkatan 5 . Tahun ni jugak la saya akan tempuhi peperiksaan yang paling besar , SPM .

Saya mulakan tahun baru 2011 saya dengan azam saya sendiri . Harapan dan hasrat saya pada tahun ini , nak belajar bersungguh-sungguh , biar dapat result cemerlang pada peperiksaan yang bakal saya hadapi . InsyaAllah !

tahun baru 2011 , azam baru , semangat baru , baju sekolah baru , kelas pun baru . semua yang baru-baru . mungkin jugak dapat cikgu baru . HAHAH .

Thursday, December 23, 2010

penyiksaan bagi diriku

hey all . entry kali neh nak cerita pasal penyiksaan yang terpaksa nani alami , ahaha . tak ada apa pun sebenarnya , siksa tapi perlu harungi jugak . nak tahu pasal apa ? jom dengar cerita nani .

neh , penyiksaan bagi nani tu , dimana nani perlu berpisah dengan laptop , huhu . sudah tidak boleh online selalu macam dulu-dulu . ini la saat nani perlu dengar kata parents nani . perents nani cakap , buat masa sekarang , nani perlu belajar kurangkan masa online nani demi peperiksaan yang bakal nani tempuhi pada tahun 2011 , iaitu SPM . semua tahu kan , SPM lah peperiksaan yang paling besar . so perlu la kesungguhan dalam study . tu la nasihat parents nani . so nani kene la dengar kan , apakan daya nak melawan cakap orang tua , nanti lain lak jadi nya . huh . dalam cuti ni , nani da boleh kot kurangkan online ni . tak tahu lah lepas ni . nani pun sedar SPM tu penting , so kene ikut kan . parents nani nak yang tebaik dari nani . insyaAllah nani akan usaha untuk dapat kejayaan , Amin ...


0ppsss ! tidak ada masa ni . nani nk kaluar .
bye ! salam ,

Friday, December 10, 2010

picture of me !

heyy ! nani bored ! nothing to do . just updating the blog ! let's with me . yeahhh !

I like to story about my picture that I had taken ! hihikkk . :)





budak neh nama dye , Ain Maisarah binti Roslan . neh anak abang saya . chomel dye kan ? dye macam ready jek nak ambik gambar . ni time kat taman kt taman permainan kt umah dye .



neh picca saya dengan ain maisarah . dye tak nak tangkap gambar pun time neh . dye marah ! dye nak jalan2 . budak neh memang suke jalan2 .






neh picca saya time pergi I-city , kat shah alam . hihi . very2 nice place . cantek sangat dengan lampu2 . fuhhh !



maisarah duduk atas kerete tu , baru beli kat Giant . ahaha . muke dye macam tu sebab dye baru bangun tidur .



chomel takk ? abang saya suke tengok picca neh .

Thursday, December 9, 2010

holiday to Perak

assalamualaikum . .

jom cerita-cerita lagi . nani nak cerita pasal kenduri kawin saudara nani . pada tanggal 27/11/2010 , saya dan keluarga saya menghadiri satu majlis perkahwinan saudara kami . majlis tu bertempat di Gua Semanggol , Perak . cantek sangat-sangat kawasan tu . sape yang pernah pergi , tahu la macam mane tempat tu kan . korang penah pegi kew ? huhu . indah sungguh ciptaan Allah SWT . kehijauan sawah padi memang menarik minat kami ! kawasan dengan bukit bakau memang nampak cantek sangat tempat tu . kami pn x lepaskan peluang tangkap gambar lah . hihikk . kami memang ' gila gambar ' . 0pppsss ! bapak saudara kami yang cakap .

let's share our picture !



comel tak kami ? nani rasa nani x ready untuk picture neh . sape lah yang ambik . lupe da. :)


time neh da nak balik sebenarnya . tapi saya dengan kakak saya , sempat lagi tangkap gambar kejap . geram sangat !



ini lah keluarga saya tp dua orang abang saya tidak ada kat sini , sebab mereka tak datang pun kat majlis neh . mereka kene jaga rumah . ahaha . ini bersama pengantin ! cantek kan pemandangan kat belakang tu .


tiga orang puteri Rozaki . Nurul Fatihah Amani , Nurul Inani , dan Nurul izzati .

itu saje kot picture-picture kami . :)

Wednesday, November 24, 2010

petua menjadi pelajar cemerlang menurut AL-QURAN


anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

1. keyakinan , kepercayaan dan keimanan kepada ALLAH SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal .

2. fokus , bersungguh-sungguh , sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

4. Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7. Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

Tuesday, November 23, 2010

buzy . buzy . buzy .

salam . nani sebenarnya banyak idea nak berbloging nieh . tapi tak cukup masa . keadaan tak mengizinkan nani untuk updates blog nieh . start cuti sekola sebelum hari raya korban , nani da start buzy dengan banyak benda lahh . biase la kan , orang perempuan , kalau nak raya , memang buzy , hihikk . nani tak ada lah buzy sangat , buzy tolong mak jerk . sebab raya tahun ni , nani raya tanpa kakak sulung nani , dye tak dapat cuti . kesian dye kan . tapi tak terasa sangat raya kali ni . pada raya ke2 , ade buat majlis kekah anak sedara nani , so , buad makan la jugak . dah namakan buad makan , kene la panggil orang kan . ramai la jugak datang . TERIMA KASIH YA ! . raya ke3 , nani ikut abang nani balik KUALA LUMPUR . sekarang nani ada kat rumah abang nani yang menetap di SERI KEMBANGAN , PUTRAJAYA .sebab kat sini la nani tak sempat nak layan blog nieh . hihikk . :)

sorry yek . tak ape lah , lepas nieh , nani akan cerita lagi yek .

Monday, November 22, 2010

i'm taken

salam , semua . nani tak tahu nak cerita pasal apa . suka suki saje nak share story dengan korang . ni pasal nani je lahh . sape tak suke , tak payah bace la yek . nani tak kisah pun . sape yang sudi bace , bace lah . semua orang tanya , best ke ada COUPLE ? sy jawab , best apabila bahagia dengannya , tak best apabila duka . nani percaya lah , semua orang penah rase kan n akan merasai . hihikk .

so , pada tanggal 18/8/2010 , nurul inani bt rozaki telah dipetik oleh kumbang , muhd azim bin mohd naim . hahah . dye jantung hati saya . saya sayang dye sangat - sangat . jangan sapa2 curikk dye dari saya taw. sapa2 nak knl dye tu , bole la tengok kt fb saya . ade jerk dye . winxx . winxx . :)

sape nak berkenalan dengan saya , boleh saja tapi cuma sebagai teman . tidak boleh lebih daripada itu . sebab sy da diambil oleh azim .

p/s :: kepeda azim , luv u so much . :)

Friday, November 5, 2010

DIA MILIKKU - OST SINETRON CINTA KIRANA


semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo

repeat reff
repeat reff2

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku

Wednesday, October 20, 2010

ppsstt . raya story !

salam . nani lame sgt tak update blog neyy . hihikk . takde mase kot . ni pn ade free time jerk . saje2 bkk blog .
nani nk cite pasal raya with my family . btw , raya hari tu hepi sgt2 .. but ade jgk part2 yg sedih .

1st day , macam biase la , pagi2 lagi kite orang p umah atok n nenek kt KUTAN . ramai saudara2 berkumpul kt sane . masing2 menunggu spupu2 datang . lepas jerk beraya kt umah nenek , kami ramai - ramai lak gi rumah sedara yang lain . gi rumah atok sedara belah ayah .. best jerk sebab gi beraya ngn sepupu - sepupu . dapat kereta sorang satu , tp nani tumpang jerk .. tak reti nak drive lg .
nani rindu sgt2 kt spupu2 nani .. especially , Nur Amalini Adnan . imysm ! <3 , lame sgt tak jumpe ngn dye sbb dye skola kat kuantan . yang paling suke , dapat hadiah daripada jepen ,, cousin nani yang belajar kt sane bg hadiah .

raya neyy tak dapat banyak pn duit raya . dapat siket jerk . sobs . :( . hihikk . takk pe lahh . raya tahun neyy lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas . nani hepi ngn sume . nani buat open house pada 2nd day . menu utama NASI DAGANG . nenek nani yang buat . nani sibuk sangat pada hari tu , x sempat pn nk snap picture dengan kawan yang datang . ramai jugak kawan - kawan yang datang . terima kasih kt sume kawan - kawan yang datang . terutama kawan - kawan lama nani . rindu korang sangat2 .. syukur sangat dapat jumpe kat umah nani .

3rd day , nani sibuk jerk tolong kakak nani . hari neyy , open house untuk kawan - kawan dye . ramai jerk kawan - kawan dye yang datang . jeles lak nani .. ahaha .. sibuk jugak hari neyy .

smpai sni je dulu kot . nanti nani cite lagi .


my lovely cousin .


nani dan zati , my sis .


nani dan fikri .

Friday, May 7, 2010

TIARA


hye..
lagu ni best la..
aku dgr lagu ni time shahir nyanyi kt AF..
korunk try la cri lagu ni ehh...
dgr2..
memg best..




Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan
Kata azimat di telinga

Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

1
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi

Bisakah kau menghargai
Cintaku yang suci ini...
Oh! Tiara... pedihnya
Dapatkah kau merasakan...

( ulang 1 )

Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...
TIARA... Oh.!

minggu pameran sains n math SMKB!!

minggu ni best sgt2..
minggu sains n math kt skola..
memg bnyk aktvti...
2 hari berturut2 aku kne jage pameran...
kt pameran ni la paling best..
aku kene layan pelajar2 yg masuk melawat lab tu..
kne bg penerangan..
ni la gak , masa aku nk knl2 ngn pelajar2 skola tu..
maklumlah , aku ni orang baru kt skola tu..
time tu gak la best..
boleh tgk macam2..
bnyk2 hasil kerja pelajar2..
semua menarik..
ade gak pameran robotik..




ni model atom : penemuan oleh ernest rutherford..
group aku pny keje..




ni hasil keje group zam..




ni hasil keje group pije...



meja pameran yg aku jage...



aku niw.. saje je.. aku memg suke tngkp gmbr..

Friday, April 9, 2010

keluarga bahagia..



ni nak cerita pasal family aku..

picasa kami di ..
LOT 2114 , KG KEBAKAT ,
TUMPAT , KELANTAN .
family aku ni family bahagia jugak la..
hepi gak la..
family aku terdiri daripada 8 orang..
semua dilahirkan di kelantan ..
termasuk mak dengan ayah aku..
adik- beradik semua 6 orang..
3 lelaki , 3 perempuan .
aku anak yg ke 4..
aku ade sorang kakak ..
kakak aku sekarang tengah belajar kt masterskill, kl...
aku juga ada 2 orang abg..
abg aku yg 2nd ..
sekarang belajar kt UITM , Penang..
abg aku yg 3rd ..
sekarang tunggu untuk sambung pejaran lps SPM ..
aku ada 2 orang adik..
sorang lelaki n sorang perempuan ..
yg bungsu tu lelaki...
family aku juga ada seorang ank angkat..
sekarang sedang bekerja sebagai pegawai IT..
kat KL ..
sudah pun berkawin n sorang anak ..
sampai sini je kot cerita aku..
tanya aku lagi ye..

pantun empat kerat



hye.. sungguh boring ni..
tidak tahu nk tulis apa.
tidak dapat ilham la kot..(bak kata iqa , nk menulis pn kne ade ilham yg mencurah2. hahha....)
terima je la pantun ni..
saja suka suka nk tulis..

(JENAKA DAN SINDIRAN)


apa guna berkain batik ,
kalau tidak memakai capar ,
apalah guna beristeri cantek ,
kalau tidak pandai menumbuk sambal .

dari Kelang lalu ke Jawa ,
naik sigai ke atas atap ,
ikan kering lagi ketawa ,
mendengar tupai membaca kitab .

ambil segulung rotan saga ,
suruh diambil mari diurut ,
duduk termenung harimau tua ,
melihat kambing mencabut janggut .

kupu-kupu terbang melintang ,
hinggap menghisap bunga layu ,
hati di dalam menaruh bimbang ,
melihat ikan memanjat kayu .

lebat sungguh padi di paya ,
kayu tumbang tepi pangkalan ,
hairan sekali hati saya ,
burung terbang disambar ikan .