Saturday, August 27, 2011

Kerajaan 5 Sains 1

Pada zaman dahulu , tersebutlah kisah mengenai kerajaan 5 sains 1. Negeri tersebut di bawah naungan Tengku Permaisuri Rozita Mohammad. Baginda adalah seorang pemerintah yang tegas tetapi baik hati serta cantik. Kecantikannya adalah daripada hasil dandanan Cik Mirae Al-Maskara. Cik Mirae sentiasa mencari herba yang terbaik untuk membuat rawatan kecantikan permaisuri. Baginda menpunyai seorang putera dan dua orang puteri. Puteri-puteri beliau bernama Puteri Emy Al-Kollywood dan Puteri Fathin Al-Rockers. Puteri Emy ialah seorang puteri yang cantik. Dia mempunyai seorang pembantu , iaitu Nik-Pakistunis. Nik telah diimport khas dari Pakistan Timur untuk menjadi dayang Puteri Emy. Puteri Fathin pula adalah seorang puteri yang suka menyanyi lagu rock. Dayang kesayangannya ialah Alifah Al-Gula Batu. Walaupun dia seorang yang suka senyum , dia selalu menjaga keselamatan puterinya. Bagi Tengku Mahkota iaitu Putera Izzuddin Al- Long Lat. Beliau amat memetingkan gaya peribadi. Banyak pakaian telah diimport khas untuknya. Dia juga telah mengimport khas seorang peneroka imej iaitu Syazwan Al-Diam But yang berasal dari Selatan Marikh. Sekarang tiba masanya untuk memperkenalkan para pembesar dan kakitangan istana yang lain. Firstly , ialah perdana menteri , Syafiq Aiman Al-Doremon. Kegemaran Syafiq pada waktu lapang ialah pergi menjenguk lembu-lembunya sambil menyanyi di belakang rumahnya. Timbalan Menteri pula ialah Busra Al-Kechik. Walaupun kechik seorang yang ligat dan sensitive terhadap cahaya matahari kerana akan menyebabkan kulitnya hitam. Bahagian kewangan pula diuruskan oleh Inani Al-Ceti. Segala masalah ekonomi yang melanda sentiasa dapat diselesaikan olehnya. Pembantunya pula , ialah Ainun Al-Catwalk. Dia sanggup melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang model kerana ingin membantu menguruskan hal kewangan ketika ketiadaan Inani. Kepesatan pembangunan 5 Sains 1 adalah atas jasa Hafizan Al-Macho dan pembantunya Salmi al-Tinggi. Usahanya untuk menjadikan 5 Sains 1 sebuah negeri yang moden telah tercapai. Tugas bagi panglima perang pula dipegang oleh Sarjan Rahman Al-Peter Pan. Ketika berperang , senjata kesayangannya ialah rambutnya yang tajam seperti belati untuk menghapuskan musuh. Sistem pengawalan istana telah diserahkan kepada Adham Al-Buana dan Hakim Al-Basir. Kekuatan mereka hasil tunjuk ajar tok guru mereka iaitu Lutfi Al-Pot Pet yang telah diimport khas dari planet Berangan Hujung. Kehandalan tabib iaitu Hafizah Al-Lady yang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Dia dan pembantunya , Zam al-Manis sentiasa mencari ubat-ubatan yang terbaik untuk merawat para penghuni istana. Tugas ketua chef istana telah dipegang oleh Yusnani Al-Sepet. Pembantunya Melissa Al-Karoke. Masakan mereka , fuh ….. memang sedap. Sambil memasak mereka menyanyi. Itulah ramuan masakan mereka. Manakala pihak sarkas istana diwakili oleh Azlie Al-Sportting , telah menghantar 2 orang pelawak untuk mengadakan persembahan di istana 5 Sains 1. 2 orang pelawak itu ialah Azman Al-Labu dan Latif Al-Labi. Lawak yang dibuat oleh mereka tak kering gusi. Sistem undang-undang 5 Sains 1 pula diuruskan oleh hakim Era Al-Adil dan peguamnya Asiah Al-Pandai. Negeri 5 Sains 1 sentiasa berada dalam keadaan pemerintahan yang adil dan saksama dengan adanya mereka. Akhir sekali , pengusaha perdagangan terbesar di kerajaan 5 Sains 1 pula diterajui oleh Afifah al-Kaya. Afifah selalu pergi berdagang ke luar Negara dan membawa banyak keuntungan kepada negeri 5 Sains 1. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh para penghuni 5 Sains 1. Semoga anda terhibur dan datang lah melancong ke negeri 5 Sains 1. sorry ye kawan-kawan. ubah-ubah nama korang . tapi takpe , nani tahu , korang tak marah . hehe . :) sayang korang semua ! 5 Sains 1 2011 the best !

Thursday, August 25, 2011

Nice editing :)

hehe . cantik tak blog nani ni ? blog nani ni , Cik Gee yang edit . memang cantik kan ? nani pun terkejut bila cik gee cakap blog nani dah siap dye edit . hehe . suka ! suka ! suka ! nani tak pandai nak edit blog comel macam cik gee edit ni .. ape lagikk ? follow la cik gee tu ye . Cik gee , terima kasih taw . happy sangat taw ade blog cantik macam ni . nani tak reti pun nak buat .

Thursday, August 11, 2011

thanks to him a lot :P

Awak , awak ingat lagi tak , mula-mula kita kenal dulu , ade gift yang awak bagi kat saya ? hehe . thanks awak ! saya amat berterima kasih kat awak . saya tak tahu macam mana nak reply balik gift awak tu . takpe , nanti saya balas balik ye , insyaAllah . saya suka sangat teddy tu awak . ni entry special untuk awak tau . sejak teddy tu ade dengan saya , saya tak pernah pun cerita pasal teddy tu kan ? awak tak rindu ke kat teddy ? for your information , teddy dengan saya okey je , teddy sihat je macam saya . :) saya bagi teddy makanan cukup ( tak sah kalau tak mengarut kan ? ) . awak nak tengok teddy tak ni ? awak rindu teddy ehh ? hehe .



haa , ini teddy tu kan ? tengok , saya jaga dia elok je kan ? takde cacat mana-mana kan ? hehe . sama saja dengan yang mula-mula awak bagi kan . hehe :) saya sayang teddy ni sangat .



awak tengok la , teddy ade kawan tau . ramai sangat kawan teddy kat atas katil saya tu .. semuanya comel macam teddy . :) hehe . teddy takkan duduk sorang-sorang kalau saya tinggal dia .





haa , ini pulak gambar saya dengan teddy :) saya hadiahkan untuk awak . hehe . walaupun tak comel <3 . gambar ni tak clear sikit . sebab sy tak edit dulu .
bye awak , thanks again . :)

Monday, August 8, 2011

Jom Nyanyi :)

haii , jom nyanyi . hehe .. lagu ini nani nak tuju kat seseorang itu . perlu ke cakap sape ? hehe . tak perlu kot cakap sape . sekarang bia la rahsia je tu . biar dye tengok nanti . Awak , lagu ini hanya untuk awak ! :)

Cinta Muka Buku-Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Kelebihan Senyum :)


haii semua , new entry . hehe . baik punya tittle kan " SENYUM " . korang semua suka senyum tak ? mesti la suka kan ? nani pun suka senyum . jom kita kongsi , kelebihan senyum . hehe :)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ’endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ’adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistempertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.